Harini 2 Mac 2008 Genap 12 tahun umur Iman Syahril....tapi abang Iman sebelah petang baru ada dirumah disebabkan abang Iman dan kakak ada kursus di Masjid Negara 2 hari 1 malam kat sana. Pagi Sabtu 1 Mac tu, hantar bebudak tu dulu ke Masjid, lepas breakfast nasi lemak Tangling barulah nak cari hadiah untuk Iman. Shopping kompleks paling dekat situ, SOGO. Punyalah awal kami sampai...9.30 pagi. sampai2 tu staf tengah meeting, kedai pun tak bukak lagi. Kebetulan pulak pagi tu Sale Sogo start. Ramainya orang menunggu pintu Sogo bukak. Ini gambar-gambar Syamil dan Syahmina menunggu pintu Sogo bukak...Kakak berdua tu pulak bergambar dengan baju tidur baru...iyela belikan hadiah untuk Abang Iman, takkan yang lain nak tengok jer so orang lain dapatlah baju sepasang sorang, Syamil dapat T-Shirt Blues Clues.
Ini pulak kek birthday Iman buatan Ibu khas untuk Iman. Gambar kereta tu siap beli daripada petang Jumaat lagi. Memanglah kek ni tak secantik kek di kedai tu...tapi specialnya kek tu dibuat dengan penuh rasa kasih dan sayang.....